Tuesday 4 February 2014

Saleha tercalon Top 5 ABPBH, Meletop dan Drama Festival KL

Assalamualaikum semua,
Terlebih dahulu TSS ingin mengucapkan  tahniah kepada Siti Saleha kerana telah tercalon sekali lagi untuk Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Kali ini Saleha tercalon untuk 2 kategori utama dan 1 kategori online iaitu kategori:
1. Pelakon TV Wanita Popular (Undian melalui surat khabar)
2. Pelakon Filem Wanita Popular (Undian melalui surat khabar)
3. Gandingan serasi di layar  bersama Zizan Razak (Undian Online)
Berjuta penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah mengundi Saleha sehingga membolehkannya berada di kedudukan ini.
Undilah Siti Saleha untuk ketiga-tiga kategori tersebut.
Bagi kategori TV, Saleha bersaing dengan 4 orang lagi artis iaitu Ana Dahlia, Fasha Sandha, Neelofa dan Raja Ilya.
Kali kedua Saleha masuk Top 5 kategori ini. Sumber gambar Laman ABPBH

Bagi kategori filem pula, 4 pencabar utama Saleha ialah Erra Fazira, Lisa Surihani, Nora Danish dan Yana Shamsudin.
Saleha pertama kali tercalon untuk kategori pelakon filem setelah 3 filemnya
ditayangkan pada tahun 2013. Sumber gambar laman ABPBH. 
Berikut pula calon gandingan serasi di layar :
Undilah Saleha yang digandingkan dengan Zizan sebagai pasangan serasi dalam filem KL Zombi
Sumber gambar laman ABPBH
Cara-cara untuk mengundi Saleha di ABPBH bagi kategori utama.
1.Beli surat khabar Berita Harian bertarih 23 Januari 2014 sehingga 11 Mac 2014.
2.Lengkapkan borang peraduan.
3.Tandakan nama Siti Saleha di kategori Pelakon Filem Wanita & Pelakon TV Wanita
4.Tulis slogan menarik serta tandakan juga artis pilihan anda untuk kategori lain.
5.Tandakan juga Siti Saleha bagi kategori keseluruhan.
6.Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum 17 Mac 2014.
Maklumat lanjut peraduan boleh rujuk:


Cara-cara untuk mengundi Saleha di ABPBH bagi kategori online.

1. Setiap hari, klik laman ABPBH di http://abpbh.com.my
2. Klik link Gandingan Serasi  Di Layar kemudian klik link sambungan ke FB.
3. Pilih Siti Saleha & Zizan , klik hantar.
4. Ulang proses sama setiap hari.  

Cara-cara untuk mengundi Saleha bagi Anugerah Meletop.

1. Setiap hari buka laman web http://www.meletop.com.my/ pastikan juga buka laman FB
2. Klik Anugerah Meletop Era
3. Login FB
4. Klik kotak G, Bintang Filem Meletop , Klik undi di bawah nama dan gambar Siti Saleha.
5. Ulang proses ni setiap hari.

*Undian ini telah masuk fasa kedua dan berakhir 8 Februari 2014 jam 6 petang.

Cara-cara untuk mengundi Saleha bagi Anugerah Drama Festival KL.

1. Setiap hari buka laman web http://www.dfkl.com.my/undi.aspx
2. Pilih Siti Saleha sebagai Pelakon Wanita Pilihan.
3. Pilih juga Team Drama Ruby bagi kategori lain termasuk kategori barisan pelakon.
4. Klik hantar.  
5. Ulang proses ni setiap hari.


InsyaAllah kira-kira 7 Anugerah bakal dibolot dan disapu bersih Siti Saleha tahun ni dengan
kerjasama anda semua peminat-peminatnya tersayang.

1. Pelakon TV Wanita Popular ABPBH
2. Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH
3. Gandingan Serasi di Layar ABPBH (Online)
4. Bintang Filem Meletop (Online)
5. Pelakon Wanita Pilihan Drama Festival KL (Online)
6. Hero & Heroin Drama Pilihan Drama Festival KL (Online)
7. Artis Paling Popular ABPBH

Wah kalau betul InsyaAllah, Sal kena beli almari display ni atau tiap Admin TSS simpan satu award hahaha. Selamat mengundi semua.

Sebab TSS kan Sayang Sal :) . Terima kasih.

- AdminEhsasjdeed


No comments:

Post a Comment